Lama x tulis dlm blog ni..
Bizi la kononnya..
thn akhir katakan..
tesis..tesis...xsigment lg...
tp sempat lg saya mencuri masa untk membaca novel SINERGI tulisan Hilal Asyraf
terbitan Galeri Ilmu
Best betul citer dia
X sia2 saya curi masa study utk bce novel ni
kisah persahabatan yg berasaskan keimanan
1 + 1 = 3
nk tau? baca sendiri..hehe
novel ni bole jd bhn motivasi utk diri pembaca
disertakan dgn hadis, tafsiran ayat2 Quran yg ada kaitan ngan citer yg disampaikan..
watak Utama, Asid dan Irfan
2 sahabat yg sentiasa berkepit
sampai ada yg salah phm ngan hubungan mereka
banyak cabaran yg mereka lalui ketika menghabiskan pelajaran di bumi Jordan
Yang lg bestnye.. byk btol kejutan dlm novel ni
psl Disaster Five, Ustz Khairuddin, Sara Nasuha dan Erman & Secret
penulis bijak menyusun cerita hingga saya hampir tersalah sangka
saya yakin pembaca sendiri akan tersalah sangka jika tidak menghabiskan bacaan mereka
Bcalah novel ni..
memang best!
Saturday, October 9, 2010
Sinergi
diterbangkan oleh terbangjauh at 1:33 PM 2 pendapat anda?
Wednesday, May 12, 2010
WASILAH CINTA WEERA- CINTA GAY
Sari Ayu mempunyai keluarga yang amat menyayangi & memahaminya..
diterbangkan oleh terbangjauh at 3:33 PM 0 pendapat anda?
Wednesday, April 28, 2010
YANG SEBENARNYA & BALAGHAH
diterbangkan oleh terbangjauh at 7:45 AM 4 pendapat anda?
Monday, April 19, 2010
EXAM !!!??
Lama dah tak menulis blog..
kritik2 buku..
Rasanya anda tau kan kenapa..
tak sempat nak baca buku lain..
sebab ngah sibuk baca buku untuk exam..
hehe...(bacalah sangat)
ni slip exam.. ini buktinya...
hehe..
antara buku yang saya baca untuk exam kali ni..
xdelah banyak sangat kena baca..
tapi...
baca pun tak abis..
diterbangkan oleh terbangjauh at 2:02 PM 7 pendapat anda?
Wednesday, March 31, 2010
HUH!!!...SESAK...
Saya rakam ni di Tapak Karangkraft
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur
Ramai sangat orang di sini..
nk pilih buku pun susah....
so, kita tengok ragam orang ketika memilih buku terutamanya
ketika memilih novel......
Budak kecik ada, budak besar ada..
budak perempuan ada, budak lelaki pun ada...
orang muda ada, orang tua pun ada.....
diterbangkan oleh terbangjauh at 2:03 AM 0 pendapat anda?
Tuesday, March 30, 2010
SAYA KE PWTC
Mesti anda dah dapat agak kenapa saya ke PWTC kan..
Akhirnya
tercapai jugak hasrat saya untuk ke sana
hari terakhir Pesta Buku Antarabangsa
mulanya nak ke sana pada hari Sabtu
tapi oleh sebab ada malang yang menimpa..
terpaksa saya batalkan..
Rupanya rezeki saya masih ada..
tidak dirancang
Pada hari Ahad..
saya ke sana juga...
Bersama seorang rakan dari Matrik UIAM
Saya beli macam2 buku..
hehe..
terutamanya novel la..
Sebab tu
saya paling suka ke tapak
KARANGKRAFT dan PTS...
Habis beratus jugak la..
tak pe Membaca Jambatan Ilmu
Tapi kalau mak saya tau saya banyak bli novel...
Habislah saya..
Saya beli jugak majalah-majalah ilmiah
itupun sebab pensyarah yang suruh..
kena cari bahan..
berkaitan Media Islam
Dalam gambar ni adalah antara buku2
yang saya beli di sana
Buku yang paling mahal ialah
THE BOOK OF SALADIN
lepas saya baca buku2 ni
saya akan cerita dengan anda semua ye..
diterbangkan oleh terbangjauh at 6:58 AM 6 pendapat anda?
Thursday, March 25, 2010
HADIAH DARI YAYA.... MAAF DARI SURGA
Buku ni adik saya hadiahkan sempena bezday saya yg baru je lps..
MAAF DARI SURGA oleh FAISAL TEHRANI
Saya baru je habis baca buku ni..
Dan terus terang saya katakan
Saya kurang berminat dengan jalan ceritanya..
Tapi itu bagi saya...
Orang lain saya tak tahu..
Ia mengisahkan sepasang suami isteri
Hakiki dan Sarah..
yang hidup terpesong
dari landasan agama Islam
dan akhirnya kembali ke jalanNya..
Ia dimulakan dengan misteri2 yang berlaku di rumah nombor 33..
dan sebenarnya tiada apa pun yang misteri...
Itu hanya tanda supaya penghuni rumah itu
sentiasa beringat-ingat...
Ada satu part dalam buku ni yang saya still suka
tentang kenapa Hakiki mendendami keluarganya..
sebabnya
dia dituduh membuntingkan seorang gadis..
masa tu dia baru je lepas ambil result SPM..
Baru je nak tunjuk keputusannya yang cemerlang
sebab sebelum ni ayahnya tak percaya akan pendidikan moden..
Dan Hakiki hairan bagaimana ayahnya boleh tuduh dia
sedangkan ayahnya seorang yang alim
dan tahu bahawa kalau menuduh zina perlukan saksi dan bukti..
Dia diseranah dan sibalun oleh ayahnya..
Sian dia...
Padahal semua kerja hina ni
adalah perbuatan abangnya sendiri...
Ini kerana abangnya pandai bermuka-muka
dihadapan ayahnya
abangnya adalah malaikat..
dibelakang pula???
So, kita jangan menilai seseorang itu
berdasarkan luarannya sahaja..
Fikir-fikirkan
dan
Selamat membaca..
diterbangkan oleh terbangjauh at 10:10 PM 1 pendapat anda?
Tuesday, March 23, 2010
BOOK FAIR D TERMINAL ONE
Ahad lalu 21hb, saya dan 4 orang lg rakan telah ke Terminal One Seremban
Kami ke sana atas dasar keje
sebagai wartawan
rupanya kat Terminal One sedang berlangsung BOOK FAIR by Popular..
Last Day plak tu..
rezeki saya la
Apa lagi, amik kesempatan la saya..
sambil menyelam minum air..
Sementara si mira interview orang ramai, saya pun belek-belek la novel yang ada
saya terpikat kat satu novel ni..
Saya pun terus beli lah
ada diskaun pulak tu..
Tajuk buku tu, AKU CINTA DIA,oleh SHARIFAH ABU SALEM
hehe, siap bergambar lagi tu..
Untung siapa yang datang sini
semua buku ada diskaun
dan tak perlu ada kad ahli pun..
Tak sempat saya nak baca lagi novel ni..
nanti saya dah baca,
saya kongsikan dengan anda semua ya..
tunggu...
Teringin jugak kali ni nak pergi Book Fair kat PWTC...
jom la kawan-kawan..
diterbangkan oleh terbangjauh at 12:10 AM 0 pendapat anda?
Friday, March 19, 2010
DRAMA PENTAS - KARBALA
Buku yang saya nak kongsi dengan anda semua kali ni bukan macam novel yang saya selalu baca tau..
Buku ni sebenarnya berbentuk drama pentas..
Kenapa tetiba saya bli buku ni?
saje je nak tukar angin..
asyik bace novel cinta je kan..hehe
Saje nk try baca,
Orang kata, tulisan FAISAL TEHRANI ni best..
tak pernah pun baca hasil tulisan Faisal sebelum ni..
Tajuk buku ni KARBALA..
Harga RM 18.80
Tapi saya beli di Popular, dapatla diskaun sebab ada kad ahli.
TA'ZIYAH KARBALA...
apa benda tu??
Ta'ziyah di sini bermaksud drama rakyat untuk mengenang peristiwa terbunuhnya IMAM HUSSIEN A.S bersama 72 keluarga dan sahabatnya di Padang Pasir Karbala..
Mulanya agak susah jugak nak ikut cerita ni..
sebab berbentuk skrip
ada 3 bab
Tapi bila dah baca sampai akhir,
best jugak rupanye..tentang sejarah yang saya tak pernah ambil tahu
sedih pulak tu..
tak rugi saya beli buku ni..
kata-kata yang paling menyayat hati saya ialah
"sampai hati kalian tak punya hati untuk sampai hati!"
begitu dalam maksud kata-kata ini..
selain drama karbala
dalam buku ni juga ada wawancara dendan Faisal Tehrani dalam Majalah Millinia Muslim dan Majalah Dewan Sastera..
Ada juga pembentangan kertas kerja tentang sejarah boria..
Kalaulah saya dapat tengok drama pentas@ teater cerita Karbala ni mesti seronok kan..
diterbangkan oleh terbangjauh at 6:05 PM 1 pendapat anda?
Saturday, March 13, 2010
SIAPA PEMILIK CINTAKU???
PEMILIK CINTAKU SETELAH ALLAH DAN RASUL
Buku ni simple je..
tak sampai 100muka surat pun
ada 8bab
setiap bab ada tips2 tertentu..menarik tau
cover buku ni pn menarik sangat..
penulis sendiri iaitu FATIMAH SYARHA.. suruh kongsi buku ni dengan adik2 remaja
yang baru nak kenal cinta, buat bakal2 pengantin baru, pengantin baru, suami isteri dan ibu bapa..
Penulis menceritakan Qani'ah dari sebelum bertemu jodoh
hinggalah dia berkahwin dengan seorang pemuda..
buku ni macam perjalanan cerita novel jugak..
cuma kali ni penulis betul2 menekankan panduan
untuk pembaca2 mendapatkan tips, teladan,cara
dan sebagainya untuk menjalani hidup berumah tangga..
Diselitkan jugak ayat2 Quran bagi menyokong @ sebagai dalil bagi setiap apa yang disampaikan..
Saya begitu terpikat pada kata2 dalam buku ni..
" kalau suka, jumpalah ibu bapa,
sayangnya tiada yang berani,
tanda tak bersedia...
kalau tak sedia, kenapa nak bercinta..
Bukankah itu pintu zina semata-mata?"
Selamat membaca...dan menghayatinya..
diterbangkan oleh terbangjauh at 1:07 AM 2 pendapat anda?
Saturday, March 6, 2010
HIDUP BERMADU...MANIS KE???
diterbangkan oleh terbangjauh at 2:45 PM 13 pendapat anda?
PANAS....RAHSIA MALAM MERDEKA
Kali ini saya nak kongsi satu buku yang diberi tajuk RAHSIA MALAM MERDEKA..... MOHD SAAT OMAR yang tulis..
hehe..panas tak tajuknya?
saje buat gempak je..
buku ni terbitan Dewan Bahasa & Pustaka.. tak silap harganya RM 25.00
Saya ni sebenarnya memang kurang minat nak baca buku sejarah..
Tapi sejarah ni penting tau sebenarnya.. asyik2 baca buku cinta je kan..
Saya baca buku ni kat rumah kawan saya..
Mulanya terpaksa je baca buku ni...sebab di rumah kawan saya tu tak de novel2 lain,
yang ada semua buku2 ilmiah..terutamanya sejarah2..
agak bosan la (hehe, jangan bagitau kawan saya tu)
Tema buku ni berkaitan penglibatan orang melayu dalam gerakan komunis masa perang dunia ke-2 dulu..
yang saya suka buku ni sebab saya dapat fakta sejarah berkaitan pejuang kemerdekaan negara
so, buku ni dapat bangkitkan semangat nasionalisme buat pembaca..
sesuai sangat dibaca oleh orang2 muda macam saya ni..
bagi kesedaran sikit.. betol tak?
Jangan risau, buku ni ada jugak selit kisah cinta..
Pasal keluarga..
Anda bacalah dulu ni baru tau...
Maaf la ye, kali saya tak dapat tunjuk rupa buku ni pada anda semua..
sebab buku ni kawan saya punya..
Tak sempat ambil gambar dulu..
tapi kulit buku serita ni saya rasa tak berapa cantik pun...
Yang saya ingat ada gambar bendera, askar dan darah..
Anda bayangkan sendiri la ye..
Kalau saya tukar biar menarik sikit..
Baru orang ramai terpikat untuk nak baca..
Satu lagi, saya tertarik pada kata2 pada akhir bab buku ni..
"tiada pesanan akhir daripada aku untuk kamu semua.
Cuma, pilihlah hero dalam hidup kamu yang
dirasakan betul dan turut jejaknya..
Jika tidak, cerminlah diri kamu dan bertanya,
apa yang telah aku buat untuk memperjuangkan
negara, bangsa dan agama ini..."
Best kan kata2 ni?
Renung..renungkan dan selamat membaca..!
diterbangkan oleh terbangjauh at 12:28 PM 1 pendapat anda?
SALJU SAKINAH.....USTAZ SAYA
Satu lagi novel yang saya nak kongsi dengan anda semua ialah novel SALJU SAKINAH hasil ZAID AKHTAR..
Mulanya saya tertarik dengan novel ini sebab....Zaid Akhtar tu ustaz saya masa saya form 6 dulu... dulu ustaz ni ajar saya subjek bahasa arab tau..
Nak cerita pasal novel ni sebenarnya..bukan pasal ustaz ni..
diterbangkan oleh terbangjauh at 9:22 AM 1 pendapat anda?
Wednesday, March 3, 2010
KASIH YANG SUCI vs ADA UDANG DI SEBALIK BATU
Kali ni saya nak kongsi ngan anda sebuah novel yang pernah saya baca dulu-dulu..
Tajuknya KASIH YANG SUCI oleh MEEN ZULAIKHA..
Tebal novel ni 559muka surat je..harga biasa la RM19.90..
Watak utama cerita ni Nora Elina..
Nora dah bertunang dengan Saiful Idham..
Yang sedihnya, lagi 3 minggu nak majlis nikah, tetiba je Saiful mintak putus.
Sebab???
Saiful dapat satu panggilan dari seorang lelaki yang menceritakan si Nora dah tak suci lagi..
Dia dah ternoda..
Kesian Nora.. ke Saiful yang patut kita kesian..?
Selama ni Nora rahsiakan perkara ni..
Motif???
Dia kena rogol dan dia tak tau keje siapa..masa tu umur dia 15.
Dalam keadaan sedih.. ada pulak orang sanggup nak ganti tempat Saiful..
Siapa???
Seth.. dia sanggup masuk Islam..
Nora terpaksa setuju.
Kenapa?
Nak elak malu..
Simple kan cerita ni..
Yang bengangnya...
Rupanya Seth ni yang rogol dia dulu..
Orang yang dia benci sangat, rupanya dah jadi suami dia..
Lama jugak si Nora ni nak terima hakikat.
tapi akhirnya dia redha..
Bila baca cerita ni, saya teringat peribahasa ADA UDANG DI SEBALIK BATU
Sebab???
Patutla Seth sanggup jadi suami Nora..
Duit hantaran pun sampai 5oribu.. Wow!!.. siapa tak terbeliak mata?
Tapi dalam cerita ni, Seth memang sayang sangat2 kat Nora..
Tapi kalau Nora tu tak ada iman..mesti dia dah bunuh je si Seth tu..
hehe..itu kalau saya yang buat cerita tu..
Tajuknya saya tukar ADA UDANG DI SEBALIK BATU..
diterbangkan oleh terbangjauh at 4:47 AM 1 pendapat anda?
Tuesday, March 2, 2010
FATIMAH AZ-ZAHRA
Di si saya ingin kongsikan sebuah buku yang menarik untuk anda semua..
FATIMAH AZ-ZAHRA tulisan ROSLINE HARUN.
Saya beli buku ni tahun lepas.
Buku ni nipis je, 233 muka surat.
Mulanya saya terpikat dengan kulit buku ni. Cantik dan memikat. Tengok tajuk pun ok. Beli je lah.
Tak rugi saya beli buku ni. Ceritanya ringkas tapi padat dengan maklumat mengenai Saidatina Fatimah, puteri Nabi kita dan isteri kepada Saidina Ali.
Mungkin ramai yang anggap cerita-cerita tokoh agama ni biasa macam buku lain, tapi bagi saya buku ni lain sebab penulis dapat tonjolkan perkara yang jarang disingkap oleh buku2 lain.
Contohnya tentang akhlak, perilaku dan kehidupan wanita hebat ini.
Bak kata pengantar buku ni, buku ni telah membimbing golongan wanita untuk memiliki sebuah kehidupan yang boleh diteladani oleh wanita solehah sekaligus menjadi contoh terbaik sebagai anak, isteri , ibu malah diri sendiri.
So, apa lagi.. try la baca buku ni terutamanya wanita2 di luar sana. Walaupun buku ni ada tulis 100% untuk wanita, tapi bagi saya lelaki pun patut baca jugak sebabnya sejarah dan tokoh2 macam ni semua orang memang patut tau..betol tak??
Selamat membaca..
diterbangkan oleh terbangjauh at 5:05 AM 0 pendapat anda?