? ??????????????Country Girl? ????? ?? ???Rating: 3.6 (28 Ratings)??49 Grabs Today. 4611 Total Grabs. ????
??Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Lead Sails? ????? ?? ???Rating: 5.0 (2 Ratings)??41 Grabs Today. 530 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????? ????Easy BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Friday, March 11, 2011

Lasykar Pelangi


Saya baca buku ni sebab ada kawan-kawan yang syorkan untuk baca buku ni. Mereka cakap buku ni best sangat. So saya pun berusaha la cari buku ni… Lasykar Pelangi..buku ni adalah buku terjemahan dari bahasa Indonesia. Penulisnya Andrea Hirata.

Mula-mula saya baca buku ni agakla rasa bosan sikit. Tapi saya tetap teruskan pembacaan saya. Saya nak tengok dan rasa apa yang orang lain kata best sangat tu. Mungkin ada perkataan2 yang saya kurang paham. Tu yang lambat sikit baca.

Apabila saya dah baca dan berjaya habiskan buku ni, memang saya dapat sahkan buku ni memang best. Ada kisah lucu, kisah sedih. Ye la, cerita pasal sekolah dan kawan-kawan memanglah seronok.

Buku ni pasal 11 orang pelajar sekolah Muhammadiyah… Mereka menggelarkan diri mereka Lasykar Pelangi.. mereka adalah Ikal, Lintang, Mahar, Kucai, Samson, Syahadan, Harun, Trapani, Sahara, A Kiong dan Flo.

Diceritakan bagaimana kehidupan mereka yang sangat miskin. Dalam cerita ni, saya amat tertarik dengan watak Lintang. Dia seorang yang sangat bijak tapi akhirnya terpakasa berhenti belajar apabila ayahnya meninggal dunia. Dan akhirnya cita-citanya hilang begitu sahaja. Padahal sebelum ini dialah yang membakar semangat rakan-rakan yang lain untuk memiliki cita-cita..

Banyal lagi watak yang menarik..tapi di sini saya hanya ceritakan mengenai Lintang kerana saya sangat terkesan dengan kisahnya…..

Tuesday, March 8, 2011

Daun Pun Berzikir


Dh lama kan saya tak post bahan bacaan saya kt blog ni..

Alasan biasa, x sempat.
Terlalu banyak membaca kot.. sampai x sempat nk post..hehehe

kali ni saya nk sarankan pembaca2 novel untuk baca buku ni
Daun Pun Berzikir
Buku terbitan PTS ni dh diterjemahkan ke Bahasa Melayu
asal Indonesia
Penulis asalnya Taufiqurrahaman al-Azizy

Mula-mula saya baca, macam bosan, x sabar nk abiskan baca,
tapi bila dh suku, best plak, rasa x cukup..

Biasa la saya, minat cerita cinta yang mencabar..hehehe
novel ni mengisahkan seorang lelaki miskin, Haydar namanya
dia dikatakan gila kerana mencintai seorang perempuan kaya, Shofi.
Sebab Haydar suka duduk temenung sorang2
Padahal Haydar tu ngah rindu pada ayahnya, ayahnya meniggal dunia.
Dah satu kampung salah paham..

Ada sorang pemuda bandar, Bram namanya, dia ni minat sangat pada Shofi..
Tapi Shofi tak minat..
nampak macam cerita cinta biasa kan?
tapi cinta ni lain..

Oleh sebab orang selalu hina si Haydar 2, Allah nak tunjuk pada kita..dia x bersalah
Bram 2 jd gila sebab cinta pada Shofi
Yang si haydar rilex je pun..

So, dalam cerita ni banyak pengajaran yang bole kita ambil..

Saturday, October 9, 2010

Sinergi

Lama x tulis dlm blog ni..
Bizi la kononnya..
thn akhir katakan..
tesis..tesis...xsigment lg...
tp sempat lg saya mencuri masa untk membaca novel SINERGI tulisan Hilal Asyraf
terbitan Galeri Ilmu

Best betul citer dia
X sia2 saya curi masa study utk bce novel ni
kisah persahabatan yg berasaskan keimanan
1 + 1 = 3
nk tau? baca sendiri..hehe
novel ni bole jd bhn motivasi utk diri pembaca
disertakan dgn hadis, tafsiran ayat2 Quran yg ada kaitan ngan citer yg disampaikan..

watak Utama, Asid dan Irfan
2 sahabat yg sentiasa berkepit
sampai ada yg salah phm ngan hubungan mereka
banyak cabaran yg mereka lalui ketika menghabiskan pelajaran di bumi Jordan

Yang lg bestnye.. byk btol kejutan dlm novel ni
psl Disaster Five, Ustz Khairuddin, Sara Nasuha dan Erman & Secret
penulis bijak menyusun cerita hingga saya hampir tersalah sangka
saya yakin pembaca sendiri akan tersalah sangka jika tidak menghabiskan bacaan mereka

Bcalah novel ni..
memang best!

Wednesday, May 12, 2010

WASILAH CINTA WEERA- CINTA GAY


Novel ni hasil tulisan Rose Harissa..


Ini pertama kali saya baca novel hasil tulisan beliau..


607 muka surat..


tapi tak jemu langsung saya baca..best!




Watak utamanya Tajul Aweera yang dikatakan mempunyai hubungan dengan seorang lelaki bernama Ray..


sehingga isterinya sendiri, Sari Ayu hampir percaya dengan fitnah tersebut




Pelbagai rintangan dan fitnah dilalui oleh pasangan ini untuk mencapai kebahagiaan..


betapa sabarnya Weera menghadapi dugaan..


Watak jahatnya, Firdaus dan ayahnya, Aliff..


sangat jahat..




Apa yang bestnya novel ni?


- bukan novel cinta biasa


tapi merungkai hubungan sesama manusia


biarpun hubungan lelaki dengan lelaki..


- hubungan dengan Allah


novel ini banyak menyelitkan doa2, maksud2 ayat al-Quran, sunnah2 Nabi..


yang boleh kita jadikan panduan hidup..


- hubungan kekeluargaan

Sari Ayu mempunyai keluarga yang amat menyayangi & memahaminya..



Wednesday, April 28, 2010

YANG SEBENARNYA & BALAGHAH


adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta??

heehee....
Berjaya jgk saya menghabiskan baca
satu novel cinta time exam nie..

Pantang ada cuti sehari,
novel yang tebal pun dapat dihabiskan..
kalau untuk exam,
nota yang ringkas pn belum tentu terbaca..

kenapa ye begitu??


YANG SEBENARNYA....
bukan lagu dari Yuna tau
Tapi ini novel dari AISYA SOFEA..

Oleh sebab exam
Saya pn ulas ringkas je lah di sini
(nk kejar masa la kononnya)
tak baca lagi Balaghah..

Cerita Yang Sebenarya adalah
macam lagu Yuna jugak..
adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta
Watak utamanya
Eddie & Dhiya
mereka ni sepupu
Yang saya paling suka dlm citer ni
Semangat Dhiya dalam melakukan sesuatu pekerjaan
dan bila dia salah,
dia akan selesaikan benda 2 sendiri
bagus...satu motivasi untuk kita semua
baca lah ye..
best tau
tapi tunggu abis exam dulu ye kawan2...

Monday, April 19, 2010

EXAM !!!??

Lama dah tak menulis blog..
kritik2 buku..
Rasanya anda tau kan kenapa..
tak sempat nak baca buku lain..
sebab ngah sibuk baca buku untuk exam..
hehe...(bacalah sangat)

ni slip exam..

ini buktinya...
hehe..
antara buku yang saya baca untuk exam kali ni..
xdelah banyak sangat kena baca..
tapi...
baca pun tak abis..


kepada semua yang sedang, @ akan mengambil peperiksaan..
gud luck semua..


Wednesday, March 31, 2010

HUH!!!...SESAK...

Saya rakam ni di Tapak Karangkraft

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

Ramai sangat orang di sini..

nk pilih buku pun susah....

so, kita tengok ragam orang ketika memilih buku terutamanya

ketika memilih novel......

Budak kecik ada, budak besar ada..

budak perempuan ada, budak lelaki pun ada...

orang muda ada, orang tua pun ada.....

Tuesday, March 30, 2010

SAYA KE PWTC

Mesti anda dah dapat agak kenapa saya ke PWTC kan..

Akhirnya
tercapai jugak hasrat saya untuk ke sana
hari terakhir Pesta Buku Antarabangsa
mulanya nak ke sana pada hari Sabtu
tapi oleh sebab ada malang yang menimpa..
terpaksa saya batalkan..

Rupanya rezeki saya masih ada..
tidak dirancang
Pada hari Ahad..
saya ke sana juga...
Bersama seorang rakan dari Matrik UIAM



Saya beli macam2 buku..
hehe..
terutamanya novel la..
Sebab tu
saya paling suka ke tapak
KARANGKRAFT dan PTS...
Habis beratus jugak la..
tak pe Membaca Jambatan Ilmu
Tapi kalau mak saya tau saya banyak bli novel...
Habislah saya..

Saya beli jugak majalah-majalah ilmiah
itupun sebab pensyarah yang suruh..
kena cari bahan..
berkaitan Media Islam




Dalam gambar ni adalah antara buku2
yang saya beli di sana




Buku yang paling mahal ialah
THE BOOK OF SALADIN
lepas saya baca buku2 ni
saya akan cerita dengan anda semua ye..


Thursday, March 25, 2010

HADIAH DARI YAYA.... MAAF DARI SURGA



Buku ni adik saya hadiahkan sempena bezday saya yg baru je lps..
MAAF DARI SURGA oleh FAISAL TEHRANI

Saya baru je habis baca buku ni..
Dan terus terang saya katakan
Saya kurang berminat dengan jalan ceritanya..

Tapi itu bagi saya...
Orang lain saya tak tahu..

Ia mengisahkan sepasang suami isteri
Hakiki dan Sarah..
yang hidup terpesong
dari landasan agama Islam
dan akhirnya kembali ke jalanNya..

Ia dimulakan dengan misteri2 yang berlaku di rumah nombor 33..
dan sebenarnya tiada apa pun yang misteri...
Itu hanya tanda supaya penghuni rumah itu
sentiasa beringat-ingat...

Ada satu part dalam buku ni yang saya still suka
tentang kenapa Hakiki mendendami keluarganya..

sebabnya
dia dituduh membuntingkan seorang gadis..
masa tu dia baru je lepas ambil result SPM..
Baru je nak tunjuk keputusannya yang cemerlang
sebab sebelum ni ayahnya tak percaya akan pendidikan moden..

Dan Hakiki hairan bagaimana ayahnya boleh tuduh dia
sedangkan ayahnya seorang yang alim
dan tahu bahawa kalau menuduh zina perlukan saksi dan bukti..

Dia diseranah dan sibalun oleh ayahnya..
Sian dia...
Padahal semua kerja hina ni
adalah perbuatan abangnya sendiri...
Ini kerana abangnya pandai bermuka-muka
dihadapan ayahnya
abangnya adalah malaikat..
dibelakang pula???

So, kita jangan menilai seseorang itu
berdasarkan luarannya sahaja..


Fikir-fikirkan
dan
Selamat membaca..

Tuesday, March 23, 2010

BOOK FAIR D TERMINAL ONE



Ahad lalu 21hb, saya dan 4 orang lg rakan telah ke Terminal One Seremban
Kami ke sana atas dasar keje
sebagai wartawan

rupanya kat Terminal One sedang berlangsung BOOK FAIR by Popular..
Last Day plak tu..
rezeki saya la

Apa lagi, amik kesempatan la saya..
sambil menyelam minum air..
Sementara si mira interview orang ramai, saya pun belek-belek la novel yang ada
saya terpikat kat satu novel ni..
Saya pun terus beli lah
ada diskaun pulak tu..
Tajuk buku tu, AKU CINTA DIA,oleh SHARIFAH ABU SALEM
hehe, siap bergambar lagi tu..



Untung siapa yang datang sini
semua buku ada diskaun
dan tak perlu ada kad ahli pun..

Tak sempat saya nak baca lagi novel ni..
nanti saya dah baca,
saya kongsikan dengan anda semua ya..
tunggu...

Teringin jugak kali ni nak pergi Book Fair kat PWTC...
jom la kawan-kawan..

Friday, March 19, 2010

DRAMA PENTAS - KARBALA

Buku yang saya nak kongsi dengan anda semua kali ni bukan macam novel yang saya selalu baca tau..
Buku ni sebenarnya berbentuk drama pentas..




Kenapa tetiba saya bli buku ni?
saje je nak tukar angin..
asyik bace novel cinta je kan..hehe

Saje nk try baca,
Orang kata, tulisan FAISAL TEHRANI ni best..
tak pernah pun baca hasil tulisan Faisal sebelum ni..

Tajuk buku ni KARBALA..
Harga RM 18.80
Tapi saya beli di Popular, dapatla diskaun sebab ada kad ahli.

TA'ZIYAH KARBALA...
apa benda tu??

Ta'ziyah di sini bermaksud drama rakyat untuk mengenang peristiwa terbunuhnya IMAM HUSSIEN A.S bersama 72 keluarga dan sahabatnya di Padang Pasir Karbala..




Mulanya agak susah jugak nak ikut cerita ni..
sebab berbentuk skrip
ada 3 bab
Tapi bila dah baca sampai akhir,
best jugak rupanye..tentang sejarah yang saya tak pernah ambil tahu
sedih pulak tu..
tak rugi saya beli buku ni..

kata-kata yang paling menyayat hati saya ialah
"sampai hati kalian tak punya hati untuk sampai hati!"

begitu dalam maksud kata-kata ini..

selain drama karbala
dalam buku ni juga ada wawancara dendan Faisal Tehrani dalam Majalah Millinia Muslim dan Majalah Dewan Sastera..
Ada juga pembentangan kertas kerja tentang sejarah boria..

Kalaulah saya dapat tengok drama pentas@ teater cerita Karbala ni mesti seronok kan..

Saturday, March 13, 2010

SIAPA PEMILIK CINTAKU???



Kali ni saya nak kongsi dengan anda semua sebuah buku motivasi untuk anda semua.
PEMILIK CINTAKU SETELAH ALLAH DAN RASUL

Buku ni simple je..
tak sampai 100muka surat pun
ada 8bab
setiap bab ada tips2 tertentu..menarik tau
cover buku ni pn menarik sangat..



buku ni sesuai untuk dibaca oleh semua peringkat umur
lelaki mahupun perempuan..



penulis sendiri iaitu FATIMAH SYARHA.. suruh kongsi buku ni dengan adik2 remaja
yang baru nak kenal cinta, buat bakal2 pengantin baru, pengantin baru, suami isteri dan ibu bapa..

Penulis menceritakan Qani'ah dari sebelum bertemu jodoh

hinggalah dia berkahwin dengan seorang pemuda..
buku ni macam perjalanan cerita novel jugak..
cuma kali ni penulis betul2 menekankan panduan

untuk pembaca2 mendapatkan tips, teladan,cara
dan sebagainya untuk menjalani hidup berumah tangga..

Diselitkan jugak ayat2 Quran bagi menyokong @ sebagai dalil bagi setiap apa yang disampaikan..




Saya begitu terpikat pada kata2 dalam buku ni..

" kalau suka, jumpalah ibu bapa,
sayangnya tiada yang berani,
tanda tak bersedia...
kalau tak sedia, kenapa nak bercinta..
Bukankah itu pintu zina semata-mata?"


Selamat membaca...dan menghayatinya..