
Satu lagi novel yang anda perlu baca...
KUSERAHKAN KASIH....oleh FIDA ROHANI..
Saya dah jarang baca novel...
Kononnya nak tumpu kat study la..
Novel ni pun saya baca masa cuti sem baru2 ni..
itu pun novel kakak saya.
Saya suka cerita ni sebabnya ceritanya seimbang, menyokong, menolak, kebaikan dan keburukan..
Ha....apa maksud semua tu??
Tema novel ni...MADU
bukan madu yang kita makan manis tu..sapu kat roti...
Ni cerita kisah hidup orang yang bermadu..poligami la..
Watak utamanya Intan Fariha, seorang wartawan.
Intan ni kena cover ruangan poligami..
So, nak dapatkan bahan2, Intan ni banyak la jumpa isteri2 yang dimadukan..
dan....suami2 yang memadukan isteri2nya,
Malah, kawan2 rapat Intan,iaitu Jasmin ,Salina pun hidup bermadu...
Yang lebih menghidupkan cerita ni,
Intan sendiri pun hidup bermadu....isteri ke-2 kepada Datuk Amar Kamarul
Novel ni memang manis la..
banyak betol madu..nasib baik semut tak berkerumun..hehe..
Dan akhirnya......Intan sendiri diceraikan selepas 20 tahun berkahwin.
kenapa pulak???
anda bacalah sendiri ye...hehehe..
Part yang paling saya suka ialah,
part Jasmin yang sanggup menggunakan bomoh hingga menggadaikan dirinya kepada bomoh tersebut untuk menundukkan suaminya..
Saya suka part ni bukannya apa,
Benda ni buat saya terfikir,
Si Jasmin ni belajar tinggi2,
tapi bila berhadapan ngan hidup bermadu,
sanggup jadi bodoh,
ambil jalan singkat..
MACAM NI KE CARA SAYANG PADA SUAMI??
Kita kan ada pegangan agama..
Mintak2 la kita semua tak terlibat dengan benda2 tak elok cam ni..
Buku ni banyak buat saya berfikir,
memangla saya masih belum ada suami..
tapi kena la ambil iktibar kan..
Saya rasa elok sangatlah wanita2 di luar sana membaca novel ini..
tak kira yang dah bergelar isteri@ belum..
lelaki pun patut baca jugak
pas tu anda bolehla buat pertimbangan sendiri..
Selamat membaca & selamat berfikir..